Friday, 8 August 2014

Salad Tembikai Penghilang Dahaga


'Melon salad' atau pun salad tembikai amat sesuai dijadikan hidangan pencuci mulut mahupun pembuka selera khas buat tetamu yang berkunjung ke rumah, lebih-lebih lagi pada musim panas. 

Selain berkhasiat, buat tembikai memberikan rasa manis dan sifatnya yang berair turut membantu menambahkan selera makan mahupun menghilang rasa dahaga. 

Pencuci mulut yang khabarnya berasal dari Afrika Selatan ini menggunakan sedikit minuman beralkohol untuk memberikan kesegaran pada rasanya. 


Namun resipi ini telah diubah suai khas buat mereka yang beragama Islam dan tidak mengamalkan minuman beralkohol dalam kehidupan seharian. 

Mudah sahaja untuk menghasilkan juadah pencuci mulut ini, anda hanya perlu menggunakan beberapa jenis buah tembikai yang menjadi kegemaran ramai seperti tembikai biasa dan tembikai susu. 

Selain itu, anda juga boleh menggunakan tembikai yang berlainan jenis seperti tembikai kuning, 'rock melon', 'sunlady melon' dan bermacam-macam lagi bagi menambahkan tarikan warna dalam hidangan. 

Cedok buah tembikai dengan menggunakan skup bulat dan ianya akan kelihatan seperti bebola kecil yang comel. 

Selepas itu, letakkan bebola tembikai tersebut di dalam gelas mahupun bekas plastik dan hiaskan bersama sedikit daun pudina, perahan jus lemon (boleh juga menggunakan jus oren mahupun limau), secukup rasa air gula mahupun sirap pudina. 

Letakkan di dalam peti ais dan hidangkan ketika sejuk. Siap! Mudah bukan? 

Selamat mencuba! 

4 comments:

Farah Waheda Wahid said...

Tengok pun dah sedap....

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

Auuummm ena memang suka sangat dengan buah buahan.. tengok gambar tu terliur.... hehehe tembikai memang dapat menghilangkan dahaga

Cikdelima merah said...

sedapnye..memang suke mkn tembikai ni

adk dayah said...

x penah try..nak kena try la ni :) nmpk mcm sedap