Tuesday, 7 January 2014

OMG !! Datuk Sri Najib Razak Dipecat?

Tergempar dan kecoh di laman sosial Twitter semalam apabila Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) mengeluarkan satu tweet yang menyatakan Dato Seri Najib Razak sebagai Bekas Perdana Menteri Malaysia.

Rata-rata baik penyokong pembangkang mahupun pro-kerajaan mengambil kesempatan menghentam PEMANDU itu. Ramai yang mendesak agar unit ini dibubarkan. Tidak kurang juga ada yang menjadikan tweet PEMANDU itu sebagai ayat "TROLL".


PEMANDU terkenal sebagai satu unit di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang banyak memberi khidmat nasihat dalam menentukan halatuju negara. Namun, sejak kebelakangan ini, ramai yang menyalahkan PEMANDU berikutan keputusan-keputusan yang tidak menyebelahi rakyat dilaksanakan kerajaan beberapa tahun ini. Malah ada segelintir penjawat awam sendiri yang terdiri daripada pegawai-pegawai pembuat dasar juga tidak se'bulu' dengan PEMANDU berikutan fungsi Agensi kerajaan yang lain telah terbatas dengan adanya unit baru itu. Akhirnya yang mendapat kesan buruk adalah Dato' Seri Najib Razak juga. 

Selaku Perdana Menteri Malaysia dan Pengerusi PEMANDU, Dato' Seri Najib perlu mengambil iktibar daripada kejadian ini. Mungkin nampak remeh, namun sedarkan Dato' Seri mungkin ada musuh dalam selimut yang cuba menjatuhkan Dato' Seri? - TTO
Tweet PEMANDU menjadi bahan lawak di Twitter

Sumber