Thursday, 12 December 2013

(TAHNIAH )Rozita Che Wan & Zain Saidin Kini Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

Dengan hanya sekali lafaz, akhirnya termeterailah ikatan suami isteri di antara Zain Saidin, 29 tahun dan Rozita Che Wan, 40 tahun. Bertempat di Gazebo Setia City Convention Centre, majlis pernikahan telah berlangsung kira-kira jam 9.10 malam tadi. Jutaan tahniah BCC ucapkan kepada mereka berdua atas masjid yang dibina ini.


Rozita Che Wan telah diwalikan oleh adiknya Roshidi Che Wan dan menerima 9 peti hantaran wang hantaran dalam bentuk cek berjumlah RM23,200, mas kahwin RM9,300 dan juga cincin nikah bernilai RM93,000. Selain itu, peti hantaran tersebut turut mengandungi telekung dan sejadah, set minyak wangi, beg tangan, sepersalinan kain, kasut, sirih junjung, telefon bimbit dan cincin.


Sebelum majlis akad nikah bermula, cincin pertunangan telah disarungkan oleh ibu Zain iaitu Siti Aishah Abdullah. Pihak lelaki pula menerima sebanyak sembilan peti hantaran berupa baju Melayu, kemeja-T, kasut, beg dan tali pinggang, sirih junjung, set minyak wangi, gelang tangan dan jam serta cincin.


Che Ta turut menggayakan barangan kemas pertama delima terdiri daripada tiara berlian, dua bentuk cincin, sepasang anting-anting labuh, rantai leher dan dua pasang rantai tangan bernilai RM6.5 juta tajaan Habib Jewels. Apa pun, sama-samalah kita doakan agar perkahwinan Zain dan Rozita berkekalan sehingga ke akhir hayat dan diserikan dengan kehadiran cahaya mata. Tahniah!!! Kredit gambar Ikram Ismail dan CarlosNizam.


BCC says : Actually, Che Ta ni dua pupu ngan mak ceq.. Ceq xdak pa pun ngan Che Ta ni.

4 comments:

Nurfaezah Abdullah said...

wowwww *speechless*

Afiqah Adzan said...

Tahniah buat mereke .. Semoga berkekalan .. Sama cantik sama padan

Dzureen Darwis said...

Grand sangat majlis diorg ni ek

Farah Waheda Wahid said...

tahniah dan semoga berbahagia sehingga ke jannah buat mereka berdua...