Thursday, 12 December 2013

Review Novel | Akhirnya Aku Kahwin



Hai u'olls. Ingat tak yang BCC menang novel dalam Preloved Novel Giveaway Part #4 anjuran FD dan disponsor oleh Mama Darwiish.. Novel ni sebenarnya sampai pagi tadi & dah pun BCC khatamkan hari ini jugak. Cerita dia best.

Novel Akhirnya Aku Kahwin ni hasil dari Herna Diana. Cerita dalam novel ni mengisahkan seorang gadis yang bernama Diana tp orang yang rapat dengan dia, orang panggil dia DD. DD ni sebenarnya ringkasan kepada Diana Debab. Citer dia ada part sedih. Part sedih tu bila dia dipermainkan oleh Azlan. Azlan tu 1 tempat kerja dengan Didi. Didi minat dekat Azlan tu dalam diam. 1 hari Didi terdengar 1 perbualan Azlan & kawan dia dekat office. Azlan sebenarnya dicabar oleh kawan dia. Azlan kena ngorat Didi tu sampai cukup 2 bulan. Yang lagi sedih, dah la tengah kecewa dapat pulak berita kematian mak ayah dia. Dah la berapa hari lagi nak raya. Kesian Didi.

Didi ni loyar buruk k. Bila BCC baca novel ni. BCC rasakan yang Didi tu mcm BCC. Sebab BCC ni lebih kurang sama dengan Didi tu. Debab, Gemuk, Hodoh. Sentiasa dihina orang sekeliling. Sama la macam Didi ni kena. Dia selalu kena hina dengan mak/ayah saudara dia, adik angkat dia..

Kalau korang nak tau lebih lanjut. Korang patut cari novel ni. Novel ni memang terbaik. Lain dari novel yang pernah BCC baca.. Time kasih buat Mama Darwiish sudi sponsor novel ni. Terima kasih jugak dekat FD sebab anjurkan GA macam ni. Nanti buat lagi eh. Hehehehe.. 

"ingat senang ke mencari cinta sejati ni..?"

2 comments:

Puan Ezy said...

novel ni dh bace..
best sgt..
=)

shahirah adnan said...

salam..sy dh baca novel nie..mmg best