Saturday, 21 December 2013

Persembahan Laser Meriahkan Langkawi Naturally Magikal



Langkawi: Persembahan laser skrin air memaparkan visual-visual menakjubkan dan pertunjukan bunga api kira-kira 30 minit memeriahkan majlis perasmian Langkawi Naturally Magikal, di sini, malam ini.
Majlis perasmian berlangsung meriah di Pantai Lagenda, di sini, disempurnakan Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir yang turut disaksikan lebih 2,000 pengunjung. 

Pesta julung kali selama 18 hari itu dianjurkan kerajaan negeri bersama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan Media Prima Berhad berperanan sebagai rakan penyiar rasmi. 

Antara acara lain yang turut menarik perhatian pengunjung termasuk persembahan tarian mempersonakan dengan aksi-aksi menentang graviti oleh Aerial Dancers dan pertunjukan layang-layang LED.
Ketika berucap pada majlis itu, Mukhriz berkata, kerajaan negeri yakin Pulau Langkawi mampu dijulang sebagai ikon pelancongan kebangsaan dan antarabangsa, sekali gus mampu menarik pelancong bagi menjana pendapatan negara.

"Pelbagai pengiktrafan antarabangsa sudah dikalungkan ke atas Langkawi. Tanjung Rhu dinobatkan antara 50 pantai terbaik di dunia; dan Langkawi diiktraf antara 10 pulau peranginan terindah di sekitar Asia dan Lautan Hindi." 

"Dari segi ketibaan pelancong pula, kita mensasarkan seramai tiga juta pelancong mengunjungi Langkawi pada 2015. Malah, setakat Oktober lalu, seramai 2.6 juta pelancong sudah melawat pulau peranginan kemegahan kita ini," katanya. 


Dari segi pelaburan, katanya, sehingga November lalu, Kedah mencatat komitmen pelaburan berjumlah RM12 bilion dan ia amat membanggakan.

3 comments:

bakal jenazah said...

saya tak sangka secantik ni. bila dengar adik saya cerita macam biasa ja. haha. gambar yang akak letak cantik sangat. terima kasih. ^-^

TelingaBulat said...

best nyee..lame xjejak kaki ke sane..bertahun2 daa

Farah Wahidah said...

bestnyaa