Saturday, 21 December 2013

Cepat Kahwin Sebelum Kerajaan Laksanakan GST


Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menasihatkan mereka-mereka yang masih belum berkahwin supaya menamatkan zaman bujang sebelum cukai barangan dan perkhidmatan (GST)  dilaksanakan pada 1 April 2015.

Jelas Rafizi yang juga merupakan ahli Parlimen Pandan, pelaksanaan GST akan memberi bebanan kepada bakal pengantin kerana terpaksa membayar lebih kepada katerer.

"Sekiranya GST dilaksanakan, semuanya turut akan terkesan, semua barang akan naik harga," katanya ketika majlis pelancaran kempen Faham GST - Tolak GST di Kelab Sulaiman, di sini, malam tadi.

Sementara itu, Rafizi menjelaskan hanya beberapa perkara sahaja dikecualikan GST sebaliknya hampir keseluruhan barang dan perkhidmatan akan dikenakan cukai tersebut, sekali gus akan menambah penderitaan rakyat.

"Hanya belacan, cencaluk, kacang dhal, beras, sektor pendidikan dan kesihatan sahaja yang akan dikecualikan GST, namun hampir keseluruhan barang dan perkhidmatan selain perkara itu akan dikenakan GST.

"Oleh itu, saya sarankan rakyat tolak GST kerana GST akan memberi bebanan kepada kita," katanya.

1 comment:

Akeyla Azmi said...

Hahhh. Alaaaa TT_TT