Saturday, 21 December 2013

152 Budak Terkandas Diselamatkan


SEMENYIH: Seramai 152 kanak-kanak yang menjalani penggambaran iklan terkandas lebih satu jam di kawasan Bukit Broga di sini, selepas berlaku hujan lebat petang tadi.
Dalam kejadian jam 3.06 petang itu, kanak-kanak berusia tujuh hingga 14 tahun bersama 40 kru penerbitan mula mendaki bukit berkenaan seawal jam 5 pagi. 
Difahamkan, mereka perlu menjalani babak penggambaran berlari 
ke puncak bukit itu yang turut disertai beberapa ibu bapa mereka. 

Menurut Ketua Operasi Mat Yahya Awang Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.06 petang dan tiba lokasi 16 minit kemudian. 
"Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kajang dan empat dari BBP Semenyih mula bergerak menjalankan operasi menyelamat dan tiba di puncak Bukit Broga jam 4 petang. 

"Kanak-kanak ini menghadapi kesukaran menuruni bukit kerana hujan turun dengan lebat selain kawasan curam dan licin. 

Beliau berkata, semua kanak-kanak berkenaan berjaya dibawa turun dengan selamat pada jam 5.01 petang.

2 comments:

Norhazlina Mohd. Zaki said...

Alaa..kesiannya ......
Kawasan bukit Broga ni..ada juga yg tak sesuai untuk kanak-kanak...even org dewasa pun pernah injured smsa turun...
Semoga kanak-kanak tu semua tak serik untuk hike lagi even bukan untuk iklan...ehehehe...

x0x0 ^___^

TelingaBulat said...

alhamdulillah xdde ape berlaku