Friday, 22 November 2013

Rezeki November #2

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. 

Apa yang nak diceritakan dekat sini ialah hadiah ni dua2 daripada iklan 8share. Join pun suka2 kan, just for fun kata orang. 

18.11.2013 Isnin : Try join Mr. Potato ni for the 1st time sebab dia kata kalau nama still tak diumum kita boleh ulang-ulang buat. Then masa hari diumumkan tu, CH kat KL. Join event dari Blooggers Dot Com, bukak facebook tengok ada someone mention nama CH kat page 8Share Malaysia. Tengok2 dapat top 5.. Hasilnya.. korang tengok la gambar bawah ni haaa..


Mr Potato yang CH dapat. CH pergi dengan Kak Nannie Isa. Pada yang nak amik hamper ni & pada yang pakai GPS, jangan taip alamat dia. Sebab dia akan bawak korang pergi jauh sangat. Kata orang kat Mamee tu kalau nak cari kilang dorang kena cari dekat area Honda. Sebab company dorang kat situ.

21.11.2013 Khamis : Citer dia camni, dalam pukul 11:45pg tadi ada sorang mamat call. Dia cakap dia dari City-link (masa tu tak berapa jelas sangat, tengok resit dia baru tahu dari city-link). Dia tanya kat mana rumah CH. CH cam "hah? orang ni sape tetibe call tanya rumah kat mana".. Then CH tanya nk buat apa cari rumah. Dia kata nak hantar baju. CH tanya lagi, baju apa? Dia jawab tak tahu sambil ketawa. Ngek je mamat ni.. Then CH masa tu bagi la plan umah dekat dia.. Suruh dia lalu depan umah. Bila lalu depan umah CH pun jerit.. Stop3, dia berhenti then suruh CH keluar. CH cakap, kejap nanti ayah saya keluar.. Xde masa aku nak keluar ngan muka xmandi tu.. Then ayah pun buat masuk umah hantar 2 bungkusan misteri tu.. Misteri kot, mana ada orang mintak alamat.. Tetiba tengok ada orang hantar bungkusan dekat umah.. Then pergi kat meja makan, tengok bungkusan tu. Tengok datang dari mana. Datang dari company. Pastu tengok nama penerima pulak.. Nama CH.. Nak bukak mcm nk taknak je.. Confuse takut salah orang. Then try bukak 1 dulu.. Bukak2 ternampak ayat yang macam CH pernah tengok tapi tak tahu kat mana.. Hahahaha.. 


Haaaa... ni la dia.. 2helai okay.. yang sebelah kiri gambar tu dekat bahagian lengan. Yang Ohsem Giler tu bahagian depan & yang tu bahagian belakang. Yang ni juga adalah iklan yang dishare melalui 8share. Sape tah yang share iklan ni haritu, so CH macam biasa la. Just for suka suki tengok la iklan Malaysianism dari Astro ni suruh kita buat t-shirt dengan ayat yang disediakan sendiri then kena vote. Kalau kita taknak vote kita kena beli rm25 camtu la. So CH kan join untuk suka2 try la design ayat sendiri. Nak buat Fuyoh, ohsem gile tak leh.. So CH buat la Ohsem Giler, Fuyoh !.

2 comments:

Ainim Suju said...

Tahniah ya

Nasuha said...

Seronoknya..blh kunyah2...
Isi tabung: Sony