Sunday, 10 November 2013

Kematian Ketua Penolong Penguatkuasa JAIP bermotifkan bunuh - Polis




KUANTAN: Polis mengesahkan kematian Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Mohd Rafli Abdul Malik, yang ditembak di rumahnya tengah hari tadi, bermotifkan bunuh. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Senior Asisten Komisioner Zakaria Ahmad berkata semasa kejadian pada 1.55 tengah hari itu, mangsa yang berumur 49 tahun sedang berehat bersama isteri dan seorang anaknya di ruang tamu. 

Beliau berkata sebelum itu, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50an yang berjubah hitam dan berkopiah putih, yang tiba di rumah Mohd Rafli dengan sebuah kereta Proton Wira Aeroback berwarna putih, telah memanggil mangsa keluar dari rumahnya. 

"Semasa keluar dari rumahnya, seorang lagi suspek berumur dalam lingkungan 30an meluru dari tempat duduk belakang kereta dan melepaskan tiga das tembakan ke arahnya," kata beliau kepada pemberita di rumah mangsa di Indera Mahkota di sini, hari ini. 

Zakaria berkata dua daripada tiga das tembakan itu mengenai dada Mohd Raffli manakala satu lagi tembakan tersasar menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian. 

"Polis percaya suspek yang menaiki kereta itu telah berlegar-legar di kawasan rumah mangsa berdasarkan faktor suspek hanya mengambil masa seminit untuk membunuh mangsa," katanya. 

Zakaria berkata polis menyiasat kes itu dari pelbagai sudut termasuk motif lain. - BERNAMA

2 comments:

Vee Lea said...

Aduhai. Skrg ni main tembak2 je org. Huhu. Dunia akhir zaman. Minta2 dijauhkan T_T

Ridwan Kelubi said...

Orang kata ada kaitan dengan Syiah, tak pasti betul ke tak.