Friday, 17 October 2014

Miera Liyana Jelas Sebab Berbikini Dalam Filem




Nama pelakon Miera Liyana, 21, seringkali dikaitkan dengan imej seksi dan menjolok mata. Walaupun kini Miera lebih bijak menjaga pemakaiannya agar nampak lebih sopan, gadis itu sekali lagi membuat kejutan apabila dia berbikini dan melakonkan aksi di atas ranjang dalam filem terbarunya, ‘Dendam Orang Mati’.

Bagaimanapun Miera menjelaskan bahawa penggambaran filem tersebut sudah dijalankan sejak dua tahun lepas, seiring dengan kontroversi yang menghimpit dirinya apabila dia berpakaian yang memperlihatkan sebahagian payudaranya dalam satu majlis anugerah.

“Waktu itu saya masih baru dalam industri dan ketika saya menerima tawaran tersebut, saya tolak tepi tentang babak yang mungkin mencetuskan kontroversi itu. Apa yang saya fikir ketika itu, saya dapat berlakon dengan Lisa Surihani dan Fizz Fairuz dan pasti saya dapat belajar banyak perkara dari dua pelakon hebat ini,” kata Miera ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem tersebut pada Rabu.

Tambah Miera, dia sudah berbincang dengan pengarah, Jason Chong terlebih dahulu sebelum melakonkan babak-babak tersebut dan Jason meyakinkannya bahawa babak tersebut akan melalui proses suntingan dan ‘camera trick’.


“Mula-mula risau juga dengan hasil babak tersebut. Tapi saya yakin dengan Jason dan dia tahu apa yang dia lakukan. Bila saya tonton hasilnya, saya rasa lega kerana ia tidak keterlaluan,” kata Miera yang menganggap babak tersebut dilakonkan semata-mata memenuhi kehendak watak dan demi menimba pengalaman.

“Bagi Miera ini semua pengalaman dan daripada pengalaman, saya belajar. Saya dah pernah lakonkan babak sebegitu, maka itu kali pertama dan terakhir saya lakukannya. Selepas ini saya akan lebih memilih watak dan skrip yang baik,” kata Miera.

Dalam filem terbaru terbitan KRU Studios ini, Miera memegang watak Min, isteri kedua Shahrul (Fizz Fairuz) yang merampas Shahrul dari Lena (Lisa Surihani) ketika Lena masih koma dan terlantar di hospital. ‘Dendam Orang Mati’ akan mula ditayangkan di pawagam bermula 23 Oktober depan.

Sunday, 10 August 2014

Adam, Fiza Elite Kembali Rujuk Selepas Dua Bulan Bercerai



Panjang jodoh mereka berdua nampaknya dan siapalah kita untuk meramalkan yang sebaliknya. Adam AF & Fiza Elite dilaporkan sudah kembali bersama atau dalam bahasa perkahwinannya kembali rujuk pada 17 Julai yang lalu selepas hampir tiga bulan bercerai.
Bercakap kepada Berita Harian hari ini, Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman telah pergi ke pejabat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Shah Alam pada hari Selasa yang sekitar jam 11.00 pagi untuk pendaftaran rujuk semua perkahwinan mereka.
#36 Fiza Elite Tidak Mahu Kisah Rumahtangga Menjadi Pengetahuan Awam - ROTIKAYA #31 Fiza Elite Tidak Mahu Kisah Rumahtangga Menjadi Pengetahuan Awam - ROTIKAYA #35 Fiza Elite Tidak Mahu Kisah Rumahtangga Menjadi Pengetahuan Awam - ROTIKAYA 
“Walaupun bercerai, kami tidak bermasam muka & masih terus berhubung. Ternyata cinta kami masih kuat. Setelah berfikir dan berbincang, kami ambil keputusan untuk rujuk semula pada bulan Ramadan yang berkat. Saya harap semua orang doakan yang terbaik,” ujar Adam.
Adam turut menambah yang beliau dan Fiza banyak muhasabah diri dan mengkaji kesilapan diri masing masing dan berusaha untuk memperbaikinya.
#02 Adam AF & Fiza Elite Kembali Rujuk - ROTIKAYA #79 Adam AF Enggan Komen & Fiza Elite Muat Naik Status Penuh Tanda Tanya - ROTIKAYA #01 Adam AF & Fiza Elite Kembali Rujuk - ROTIKAYA
Fiza pula berkata yang beliau impikan untuk mengerjakan umrah bersama Adam selain harapan untuk segera menimang cahayamata dengan suaminya itu.
“Fiza harap peminat doakan agar kami dapat rezeki anak secepat mungkin. InsyaAllah Fiza akan memperbaiki segala kelemahan dan kesilapan masa lalu supaya rumah tangga kami pada masa akan datang menjadi lebih baik lagi,” kata Fiza dengan penuh harapan.
#71 Adam AF Enggan Komen & Fiza Elite Muat Naik Status Penuh Tanda Tanya - ROTIKAYA #76 Adam AF Enggan Komen & Fiza Elite Muat Naik Status Penuh Tanda Tanya - ROTIKAYA #73 Adam AF Enggan Komen & Fiza Elite Muat Naik Status Penuh Tanda Tanya - ROTIKAYA
Pasangan ini juga memaklumkan mereka sudah berpindah masuk ke rumah baru di Shah Alam dan Fiza juga sudah berkunjung ke rumah keluarga Adam di Sabah dan beraya di sana beberapa hari sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Tahniah buat pasangan ini!